Trusted by 1M+ creators
Pembuat Pengenalan Anime
Buat pengenalan anime yang sempurna untuk saluran anda
Tiada kad kredit diperlukan

4.6
2,100+ Ulasan















Buat Pengenalan untuk Video Anime Anda Dalam Talian, Percuma
VEED ialah pembuat pengenalan anime yang membolehkan anda mencipta pengenalan tersuai anda sendiri secara percuma. Ia mudah dan menyeronokkan! Antara mukanya tiada cacat-cela dan cekap untuk juruanimasi baru. Anda boleh menambah logo tersuai yang akan dilihat pada pengenalan. Anda juga boleh menyunting video anda menggunakan pelbagai alatan tersedia dalam penyunting video. Biarkan VEED menguruskan semua keperluan penyuntingan anda.
Cara Membuat Pengenalan Anime:
Langkah 01
Muat naik video anda
Muat naik klip video anime anda ke VEED. Anda boleh tarik dna lepaskannya dari folder anda dan ke penyunting.
Langkah 02
Buat pengenalan anda dengan memasukkan elemen
Anda boleh mula menyesuaikan pengenalan anda dengan memasukkan elemen pada permulaan video anda. Tambahkan teks, imej, kapsyen dan banyak lagi.
Langkah 03
Eksport
Apabila anda berpuas hati dengan pengenalan anime anda, klik pada ‘Eksport’. Muat turun video dalam format yang anda suka dan kongsikannya di media sosial!
Ketahui Lebih Lanjut
Tutorial ‘Pembuat Pengenalan Anime’
Sesuaikan pembukaan video anime anda
Dengan VEED, anda boleh menyesuaikan pembukaan video anime anda. Juruanimasi professional dan pemula boleh menggunakan VEED untuk menjadikan video animasi mereka tampak menakjubkan. Anda boleh menambah logo tersuai yang akan muncul pada permulaan video anda, menambah penghargaan pengenalan, muzik latar, kesan bunyi dan banyak lagi.
Pisah, pangkas, potong, dan susun semula klip-klip anda
VEED memudahkan anda memisahkan, memangkas, memotong dan menyusun semula klip-klip anda. Anda boleh menarik dan melepaskan klip-klip video pada garis masa. Pilih lokasi yang anda mahu pisahkan pada garis masa dan klik alat Pisah. Hapuskan klip yang anda tidak perlukan.
Dapatkan lebih banyak tontonan di YouTube dan media sosial
Dengan membuat pengenalan yang seronok dan mengujakan untuk video anime anda, anda boleh mendapat lebih banyak tontonan di saluran YouTube dan halaman media sosial. Tarik perhatian peminat anda dan galakkan mereka menonton keseluruhan video anda.
Soalan Lazim
- Muat naik klip video anime anda ke VEED
- Peribadikan permulaan video anda
- Muat turun video anda
Untuk menambah penghargaan pengenalan, apa yang anda perlu buat adalah menggunakan alat Teks. Hanya klik pada Teks dari menu kiri dan mulakan menaip!
Anda boleh memuat naik fail audio anda ke VEED untuk disatukan dengan video anda. Hanya klik pada ikon tambah (+) pada bahagian bawah sebelah kanan penyunting atau klik muat naik. Anda boleh tarik dan lepaskan audio ke permulaan garis masa untuk meletakkannya di pengenalan anda.
VEED boleh menjana sari kata secara automatik untuk anda. Hanya klik pada alat Sari Kata dan klik Sari Kata Automatik!
Ketahui lagi
Trusted by 1M+ creators
Apabila bercakap tentang video yang menakjubkan, anda hanya perlukan VEED
Tiada kad kredit diperlukan

Lebih daripada pengenalan anime
VEED satu-satunya alat yang anda perlukan untuk mencipta video anime yang hebat. Selain daripada membolehkan anda membuat pengenalan, VEED membolehkan anda menyunting keseluruhan video secara percuma. Ia adalah penyunting video dalam talian jadi anda tidak perlu memasang aplikasi. Anda boleh melakukan semuanya terus dari pelayar anda. Masukkan tajuk, kapsyen, dan banyak lagi menggunakan alat Teks kami. Anda boleh memasukkan muzik latar tambahan, kesan bunyi, dan suara latar. Cuba VEED hari ini dan mula mencipta video anime terbaik untuk saluran anda!