Trusted by 1M+ creators
Pembuat Video Infografik
Buat video infografik yang menyedarkan dan komunikatif dalam beberapa minit
Tiada kad kredit diperlukan

4.6
2,100+ Ulasan















Buat Video Infografik yang Menakjubkan, Percuma
Video infografik membantu anda menjelaskan idea dan perkara rumit dengan cara mudah. Menggunakan imej, penerangan teks pendek dan lukisan pada video akan membantu menyampaikan mesej anda kepada penonton 100% lebih jelas. VEED boleh membantu anda mencipta video infografik yang menyedarkan dan menghiburkan pada masa yang sama!
Perisian penyuntingan video percuma kami membolehkan anda memasukkan elemen visual dengan mudah dengan hanya beberapa klik. Ia percuma jadi anda tidak perlu menggunakan aplikasi mahal seperti Premier Pro. Tambahkan teks, sari kata, imej, bentuk dan lukisan dalam beberapa minit! Malah anda juga boleh merakam skrin anda jika anda ingin menerangkan proses yang dibuat dalam komputer.
Cara Membuat Video Infografik:

Langkah 01
Muat naik video anda
Muat naik video anda ke VEED. Anda boleh tarik dan lepaskan fail anda dari folder ke penyunting video.

Langkah 02
Tambahkan elemen infografik
Antara yang anda boleh masukkan ke dalam video infografik anda adalah teks, sari kata, imej, bentuk dan lukisan. Hanya klik pada sebarang elemen dari menu dan letakkannya di mana-mana pada bingkai video.

Langkah 03
Eksport
Apabila anda berpuas hati dengan video infografik anda, klik sahaja pada ‘Eksport’. Muat turun video anda dalam format yang anda suka.
Ketahui Lebih Lanjut
Tutorial ‘Video Infografik’

Buat video yang memberi maklumat dan menghiburkan
Video infografik anda mestilah tidak membosankan. Anda boleh membuat infografik yang menarik dan menghiburkan penonton anda sambil menyampaikan maklumat. Dengan VEED, anda boleh tambahkan muzik latar yang akan menjadikan video anda lebih menawan. Anda boleh tambahkan teks untuk menyampaikan mesej anda dengan lebih baik, masukkan sari kata dan lukisan untuk menyampaikan idea anda dengan cara yang jelas. Untuk menambahkan elemen yang dinyatakan di atas, hanya klik pada alat dari menu kiri dan pilih format yang anda suka. Tarik dan lepaskannya di mana-mana pada bingkai video. Untuk lukisan, klik pada alat berus atau cat dan mula melukis di atas video anda. Ia hanya mengambil masa beberapa minit sahaja!

Rakam skrin anda
Cara lain untuk menjelaskan idea dan proses anda yang sukar difahami adalah dengan merakam skrin anda. VEED membolehkan anda merakam skrin dan kamera web anda pada masa yang sama jika anda suka atau rakam skrin anda sahaja. Hanya klik pada Rakam dari pilihan Muat Naik dan pilih format yang anda mahu. Semasa merakam, anda boleh melukis di atas skrin di mana anda boleh lihat dari komputer meja anda. Serlahkan teks penting, butang dan maklumat berguna yang lain pada skrin anda menggunakan alatan melukis kami.

Tambah teks, imej, bentuk dan banyak lagi
Teks, bentuk dan imej adalah elemen penting dalam video infografik. Ia sangat membantu dalam penyampaian anda kerana ia membantu penonton membayangkan idea anda. Anda boleh memasukkan imej hanya dengan mengklik pada ikon tambah (+) pada bahagian bawah sebelah kiri skrin. Pilih imej dari folder anda atau tarik dan lepaskannya ke dalam kotak Muat Naik. Untuk menambah teks, klik pada alat Teks dari kiri dan mulakan menaip! Pilih daripada pelbagai fon, gaya, dan saiz. Hal yang sama untuk bentuk dan banyak lagi elemen visual lain yang tersedia di VEED.
Soalan Lazim
Pembuat Video Infografik VEED adalah sepenuhnya percuma untuk digunakan. Malah anda tidak perlu membuka akaun. Namun melakukannya membolehkan anda menyimpan semua projek anda dalam satu tempat. Akses ia di mana-mana dari sebarang peranti!
Sudah tentu ya! Anda boleh menukarkan video anda kepada infografik jika anda memasukkan elemen-elemen yang betul dan perlu seperti teks, bentuk dan lukisan. Semua ini tersedia secara percuma di VEED.
Jika anda tidak boleh atau tidak mahu merakam video sebenar, anda boleh pilih dari koleksi video stok VEED atau cipta infografik maya. Peribadikannya dengan memasukkan teks, imej dan banyak lagi. Anda boleh membuat infografik maya dalam beberapa minit sahaja!
Pembuat Infografik dalam talian VEED lebih menyerlah berbanding perisian penyuntingan video lain kerana ia sangat mudah digunakan dan percuma! Anda tidak memerlukan sebarang pengalaman dalam penciptaan video atau penyuntingan. Selain itu, ia dalam talian jadi anda tidak perlu memuat turun aplikasi.
Infografik yang bagus bukan sahaja menyampaikan maklumat tetapi juga menceritakan kisah yang menjadikannya mudah untuk orang ramai memahami idea yang disampaikan. Ia perlu ditambah perspektif segar untuk fakta yang sudah diketahui umum.
Professional dan pemula menggunakan VEED untuk membuat video infografik. Antara muka VEED yang mudah digunakan, praktikal dan tanpa cacat-cela menjadikannya perisian sempurna untuk infografik.
Trusted by 1M+ creators
Apabila bercakap tentang video yang menakjubkan, anda hanya perlukan VEED
Tiada kad kredit diperlukan

Lebih daripada pembuat Video Infografik
VEED boleh membantu anda lebih daripada sekadar video infografik. Anda boleh menggunakan VEED untuk membuat video penerangan, iklan video atau hanya membuat video menyeronokkan untuk media sosial bagi kegunaan peribadi. Anda boleh menukarkan GIF kepada video dan menukar video kepada GIF! Kebanyakan alatan menampilkan fungsi tarik dan lepas dan ia hanya memerlukan beberapa klik untuk hadir dengan video yang menarik, menakjubkan dan informatif.