Trusted by 1M+ creators
Alat Kawalan Kelajuan Video YouTube
Ubah kelajuan video YouTube. Tiada muat turun diperlukan
Tiada kad kredit diperlukan

4.6
2,100+ Ulasan















Ubah Kelajuan Video YouTube Dalam Talian
Adakah anda ingin mengubah kelajuan video YouTube dan menyuntingnya seperti anda memilikinya? Gunakan penyunting video dalam talian VEED untuk menjadikan main semula lebih cepat atau lebih perlahan. Anda tidak perlu memasang sebarang perisian. Hanya tampal pautan YouTube dalam ruang URL, pilih daripada pilihan kelajuan atau masukkan kelajuan tersuai! Anda boleh mengeksport video sebagai fail MP4 apabila anda selesai. Alat kawalan kelajuan video YouTube kami adalah percuma untuk digunakan. Membuka akaun adalah pilihan tetapi melakukannya akan membolehkan anda menyimpan projek anda dalam satu tempat.
Cara Mengubah Kelajuan Video YouTube:
Langkah 01
Tampal Pautan YouTube
Salin pautan YouTube dan tampalkannya dalam ruang URL. VEED akan memuat naik video ke dalam penyunting.
Langkah 02
Pilih kelajuan
Klik pada video pada penyunting. Kemudian pilih kelajuan. Anda boleh memilih dari 0.5x, 1x, 1.5x, dan seterusnya. Atau klik pada ‘Tersuai’ dan masukkan kelajuan yang anda inginkan.
Langkah 03
Eksport video anda
Klik pada ‘Eksport’. Video anda akan dimuat turun sebagai fail MP4.
Ketahui Lebih Lanjut
Tutorial ‘Alat Kawalan Kelajuan Video YouTube’
Jadikan Video YouTube Lebih Cepat atau Lebih Perlahan
Anda boleh menjadikan kelajuan main semula video YouTube lebih cepat atau lebih perlahan menggunakan alat kawalan kelajuan video dalam talian kami. Lakukannya terus dari pelayar adna; tiada pemasangan diperlukan. VEED berfungsi lancar dengan semua pelayar web popular seperti Google Chrome, Firefox dan banyak lagi.
Sunting video YouTube
Sunting video YouTube menggunakan alatan penyuntingan video percuma VEED. Anda boleh tambah teks, imej, dan audio dan muat turun video YouTube sebagai fail MP4. Putar, ubah saiz dan pangkas video YouTube supaya sesuai dengan platform media sosial yang berbeza.
Buat GIF daripada klip video YouTube
Adakah anda ingin menukar klip dari video YouTube kepada GIF? Hanya tampal pautan YouTube, sunting videonya mengikut kehendak anda, dan eksport sebagai fail GIF. Pastikan untuk memilih ‘Eksport’ sebagai GIF dari pilihan muat turun apabila anda selesai. Videonya akan disimpan ke dalam peranti sebagai imej GIF swagerak.
Soalan Lazim
- Tampal pautan YouTube ke VEED
- Pilih daripada pilihan kelajuan atau masukkan kelajuan tersuai
- Eksport dan kongsi!
Sudah tentu! Hanya pilih 0.5x daripada pilihan kelajuan atau masukkan kelajuan yang anda inignkan. Hanya klik pada ‘Tersuai’ dan taip kelajuan yang anda inginkan.
VEED ialah penyunting video berasaskan pelayar jadi anda boleh sunting video anda dalam talian tanpa memasang sebarang perisian. Ia berfungsi dengan semua pelayar web popular dan sesuai dengan Mac, Linux dan Windows.
Pilih klip daripada video YouTube dengan memisahkan dan menghapuskan klip yang anda tidak mahu. Hanya gerakkan peluncur ke lokasi yang anda ingin pisahkan dan klik pada alat ‘Pisah’. Klik kanan pada klip yang anda ingin hapuskan dan pilih ‘Hapus’. Eksport klip video sebagai fail GIF apabila siap. Pantas dan ringkas!
Trusted by 1M+ creators
Apabila bercakap tentang video yang menakjubkan, anda hanya perlukan VEED
Tiada kad kredit diperlukan

Lebih daripada kelajuan video YouTube
Dengan VEED, anda boleh melakukan lebih banyak daripada sekadar mengubah kelajuan video YouTube. Ia adalah penyunting video dalam talian komprehensif yang membolehkan anda membuat video seperti seorang pro - walaupun jika anda tiada pengalaman dalam penyuntingan video. Anda boleh menambahkan teks, kapsyen dan sari kata pada video anda. Tambahkan imej, lukisan, bentuk dan emoji menjadikan video anda kelihatan menarik. Cuba alatan penyuntingan video kami dan buat video yang kelihatan profesional hari ini!